Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MRT, bas dihias tema bagi rai Tahun Baru Cina

Jan 22, 2019 | 5:30 AM
PERAYAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA: Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Lily Neo (tengah) bersama pegawai akar umbi dan LTA telah melancarkan kereta api bertema Tahun Baru Cina minggu lalu. - Foto BH oleh MARK CHEONG
PERAYAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA: Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Lily Neo (tengah) bersama pegawai akar umbi dan LTA telah melancarkan kereta api bertema Tahun Baru Cina minggu lalu. - Foto BH oleh MARK CHEONG -

PENUMPANG yang menaiki pengangkutan awam berpeluang menikmati kemeriahan suasana Tahun Baru Cina apabila mereka menaiki MRT atau beberapa khidmat bas mulai Sabtu lalu.

Ini diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kereta api dan bas itu akan dihiasi bertema Tahun Babi.

LTA berkata bahawa ia telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Kreta Ayer-Kim Seng serta pengendali pengangkutan awam SBS Transit dan SMRT bagi melancarkan kereta api bertema itu bagi rangkaian pengangkutan awam.

Untuk menyambut Tahun Babi yang bermula 5 Februari nanti, kereta api tersebut dihias dengan motif zodiak dan unsur-unsur lain, termasuk jongkong emas dan bunga sakura, tambah LTA lagi.

Penumpang boleh menaiki kereta bertema Tahun Baru Cina di kesemua lima laluan MRT dan khidmat bas 80, 143, 166, 147, dan 174 mulai Sabtu lalu hingga 19 Februari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg