SPH Logo mobile
Langgan|

MRT Laluan Circle terus lewat pada pagi Jumaat

MRT Laluan Circle terus lewat pada pagi Jumaat

Sep 2, 2016 | 8:04 AM

MRT Laluan Circle terus lewat pada pagi Jumaat

Notis diletak untuk memaklumkan penumpang mengenai masa perjalanan tambahan di Laluan Ciarcle pada Khamis (1 Sep).
Notis diletak untuk memaklumkan penumpang mengenai masa perjalanan tambahan di Laluan Ciarcle pada Khamis (1 Sep). - GAMBAR THE STRAITS TIMES

KELEWATAN di Laluan Circle berterusan pada waktu sibuk pagi Jumaat (2 Sep), hari kelima berturut-turut, kerana kerosakan sistem pengisyaratan yang melanda perkhidmatan kereta apinya belum dapat diselesaikan pengendali SMRT.

SMRT menulis satu tweet pada 6.13 pagi bahawa penumpang boleh menjangka perjalanan lebih lama pada laluan itu dek "isu pengisyaratan terputus-putus", yang pertama kali dilaporkan pada Isnin.

Penumpang mengadu perkhidmatan lambat, kereta api brek tiba-tiba dan terhenti, platform stesen sesak dan komunikasi lemah sejak pagi Isnin.

SMRT berkata dalam satu kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis ia sedang "bekerja sepanjang masa" untuk menghurai masalah tersebut.

Maklumat lanjut mengenai gangguan itu telah diberi sepanjang minggu.

Menurut SMRT, kelewatan perkhidmatan berlaku kerana kereta api sebentar-sebentar kehilangan komunikasi pengisyaratan dengan trek.

Brek kecemasan berlaku apabila isyarat hilang.

Pemandu terpaksa dikerahkan ke Laluan Circle, walaupun sistem itu direka untuk bergerak tanpa pemandu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg