Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MRT Laluan Rentas Pulau (CRL) baiki jaringan pengangkutan, mudahkan penduduk, peniaga

Sep 22, 2022 | 8:34 PM
Kawasan Jurong Lake District. - Foto fail
Kawasan Jurong Lake District. - Foto fail -

RANCANGAN pembinaan stesen MRT Laluan Rentas Pulau (CRL) akan membaiki jaringan pengangkutan kawasan barat yang akan memberi kemudahan kepada golongan penduduk dan peniaga yang tinggal berhampiran dengan stesen-stesen itu. Meskipun pembinaan itu mengambil masa lama iaitu selama 10 tahun, mereka berkata kemudahan pengangkutan itu memang dialu-alukan bagi mempercepat perjalanan mereka serta memudahkan pelanggan untuk ke kedai mereka. Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, mengumumkan enam lagi stesen CRL akan dibina di bawah fasa kedua dan ia dijangka buka pada 2032. Stesen yang akan dibina termasuk Turf City, King Albert Park, Maju, Clementi, West Coast dan Jurong Lake District dan akan memberi manfaat kepada 40,000 isi rumah apabila ia siap dibina. Antara yang mengalu-alukan pembinaan stesen itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat (CC) Ayer Rajah, Encik Shahrin Abdol Salam, yang percaya pembinaan stesen ini akan dapat menyemarakkan lagi suasana di estet barat Singapura. "Selain perkembangan binaan Laluan Daerah Jurong (JRL), berita CRL ini akan 'menghidupkan' lagi suasana di kawasan rangkaian ini kerana lebih ramai orang kini lebih terhubung di bahagian barat Singapura. "Jadi dengan kemudahan yang disediakan sebegini, ia akan memberi kesan lebih positif kepada kejiranan kami," kata Encik Shahrin, 48 tahun. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (23 Sep).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg