PIHAK berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan pengurusan selamat, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Khamis (24 Dis).
Sempena tempoh perayaan hujung tahun ini, MSE berkata: "Kita tidak boleh bersikap sambil lewa dan perlu terus berwaspada; jika tidak, pengorbanan kita secara individu dan secara kolektif sepanjang setahun ini akan sia-sia sahaja."
Sepanjang hujung minggu lalu - dari 18 hingga 19 Disember - sebanyak 16 perniagaan makanan dan minum (F&B) dan seramai 36 individu telah didenda kerana melanggar peraturan demikian, kata MSE.
Antara cawangan yang didenda itu, termasuk Marche Movenpick di Raffles City Shopping Centre, Seoul Good di 50 Punggol East dan Circuit Breaker Restro Bar di 53 Chander Road, lapor akhbar The Straits Times (ST).
Restoran Zam Zam di North Bridge Road pula didapati melanggar peraturan berkenaan buat kali kedua.
15 premis didenda $1,000 manakala baki satu premis iaitu, Zam Zam - yang telah melakukan kesalahan tersebut buat kali kedua - didenda $2,000.
Setiap 36 individu itu pula dikenakan denda $300.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg