Topik diikuti
Pergi ke BHkuMSF siasat video viral wanita tua lemah ditampar kuat dua kali di luar flat
Jul 22, 2015 | 5:30 AM
MSF siasat video viral wanita tua lemah ditampar kuat dua kali di luar flat
KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang "menyiasat" satu kes yang didakwa sebagai penganiayaan rumah tanga selepas suatu video kejadian itu menjadi viral kelmarin.
Klip Facebook yang dimuat naik oleh pengguna ApohTecky Numero pada 7.42 malam itu menunjukkan seorang wanita tua dan lemah sedang menyapu di koridor sebuah flat HDB di Lower Delta Road sambil diawasi dua wanita lain.