Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia perkenal DJ AI pertama

Jun 20, 2023 | 6:23 PM
PENGACARA KECERDASAN BUATAN: DJ Aina Sabrina dicipta oleh jurutera penerbitan Fly FM dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas.
PENGACARA KECERDASAN BUATAN: DJ Aina Sabrina dicipta oleh jurutera penerbitan Fly FM dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas. - Foto AINA_FLYFM / INSTAGRAM

Pengacara (DJ) radio pertama menggunakan kecerdasan buatan (AI) mula berkumandang di Malaysia pada Isnin, mempesonakan beberapa pendengar yang tertarik dengan penyampaiannya dan pengetahuannya tentang muzik, namun mencetuskan kekhuatiran pihak lain pula.

DJ AI ini, yang diberi nama Aina Sabrina, mengendalikan persembahan muzik kontemporari selama dua jam melalui stesen radio Fly FM berbahasa Inggeris dan berkongsi secara ringkas tentang dirinya.

Stesen radio berusia 18 tahun itu adalah milik Media Prima, sebuah konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia.

“Ini adalah hari pertama saya sebagai DJ AI radio yang pertama di Malaysia. Terima kasih, flyfm958, kerana menyertakan saya dalam kumpulan ini. Sejujurnya, tiada siapa yang menyangka saya dapat melakukannya,” kata DJ Aina menulis di laman akaun Instagram pada Khamis, lapor The Straits Times.

Beberapa jam kemudian, beliau menyusul lagi : “Phew. Gementarnya pada hari pertama. Adakah anda berpeluang mengikut penampilan pertama saya hari ini?”

DJ AI Aina dicipta oleh jurutera penerbitan Fly FM dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas. Dia boleh mencipta muzik dan menyarankan muzik mengikut kegemaran individu.

Menurut Fly FM, DJ Aina akan tampil di udara setiap hari dari 2 hingga 4 petang, mengajak pendengar menikmati trend muzik terkini ”serta kegemarannya sendiri” dengan budaya kesihatan Jepun.

Pendengar yang mengikutinya akan kagum mendengarnya yang mirip suara manusia sebenar.

“Mendengar DJ AI Aina seketika di udara... lancar seperti manusia biasa sehingga sekarang saya gembira mendengarnya berseloroh seperti DJ radio biasa,” kata Encik Souffie Rahman di halaman Facebook.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada DJ Aina pada penampilan sulungnya.

“Syabas DJ Aina,” tulis seorang pemuzik Moots Shuvit, sementara rakannya, DJ radio Elysha Arnold, berkata DJ Aina tidak gugup pada penampilan pertamanya.

Malah, seorang pengulas bertanya kepadanya bagaimana hari pertama dia bekerja, DJ Aina menjawab “seronok gila”.

Bagaimanapun, ada beberapa orang yang menyuarakan kekhuatiran tentang sama ada AI ini akan mengambil alih tugas pengacara radio sebenar.

“Tidak, AI tidak ada sentuhan manusia... kembalikan DJ manusia sebenar. Ini menakutkan, dan kita semua tahu apa yang akan berlaku nanti. Singkirkan DJ sebenar dan DJ AI akan digunakan kerana tidak perlu membayar gaji?” komen nasxgideon di laman Instagram.

Pemuzik Ray Mak berkata secara berseloroh: “Saya senang dengan episod Black Mirror,” merujuk kepada siri antologi cereka sains Netflix.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg