SEBUAH filem Singapura, Fundamentally Happy, yang mengisahkan pertemuan semula antara seorang jejaka Cina dan wanita tua berbangsa Melayu yang dahulunya tinggal berjiran, tidak diizinkan tayangannya di pawagam Malaysia disebabkan sensitiviti budaya.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia menyatakan filem itu mengandungi "unsur-unsur yang boleh menjadi sensitif kepada perasaan masyarakat Melayu Malaysia dan boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang mencerminkan sikap masyarakat terhadap mereka yang menyeksa orang yang lemah bagi memenuhi keinginan mereka".

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti