Dahulu, dapur kecil di kondominiumnya terasa sempit dan kurang praktikal untuk memenuhi minatnya dalam kulinari. Namun, selepas berpindah ke rumah baru, Encik Muhammad Nauruz berjaya menghidupkan dapur impiannya dengan bantuan MSR Interior Design.
“MSR Interior Design telah menjadikan dapur idaman saya kenyataan dengan mencipta ruang yang lebih terbuka dan menambah sebuah kaunter dapur ‘kitchen island’ yang sangat sesuai untuk memasak serta memanggang.
“Kini, saya mempunyai kawasan khas untuk semua peralatan memanggang saya. Setiap kali berada di dapur ini, rasanya seperti menjadi sebahagian daripada rancangan memasak di televisyen!,” kongsi Encik Muhammad Nauruz, pelanggan MSR Interior Design.
Pengalaman Encik Muhammad bersama MSR Interior Design telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya. Dengan ruang dapur yang lebih luas dan terbuka, minatnya dalam kulinari kini dapat dinikmati sepenuhnya.
Syarikat ini menjadikan impian dapurnya kenyataan dengan memecahkan dinding bilik belajar untuk meluaskan ruang dapur, memberikan keselesaan dan kemudahan yang tidak ternilai.
“Penyelarasan dengan pengurus projek dan kelancaran pelaksanaan pengubahsuaian menjadikan pemindahan satu pengalaman tanpa tekanan,” ujar Encik Muhammad dengan rasa puas hati.
Selama lebih 10 tahun, MSR Interior Design telah membina reputasi sebagai pakar dalam merubah rumah yang penuh gaya dan bermutu. Dengan lebih daripada 1,000 projek berjaya, syarikat ini terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mencipta ruang kediaman idaman mereka.
Pujian terhadap kecekapan MSR Interior Design turut datang daripada Cik Nur Shidah Arshad, seorang pelanggan yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Beliau memuji tahap komunikasi yang cemerlang dan dedikasi pekerja MSR, Encik Warith Wahab, yang menurutnya, menjadikan pengalaman pengubahsuaian begitu lancar dan memuaskan.
“Dedikasi beliau untuk membincangkan keperluan khusus kami dan menyediakan penyelesaian praktikal yang bertimbang rasa adalah aset utama,” jelas Cik Nur Shidah yang menambah bahawa Encik Warith juga kerap berada di tapak renovasi dan sentiasa memberi perkembangan terkini kepada mereka.
Ujarnya lagi, “Secara keseluruhan, MSR Interior Design memenuhi jangkaan kami dengan tahap profesionalisme dan ketelusan yang sukar dicari. Tidak ada kejutan, hanya hasil yang luar biasa.”
Jadikan Rumah Impian Anda Kenyataan Dengan Promosi Terhebat MSR. Nikmati potongan $2,000 untuk pakej tertentu, ditambah dengan barangan elektrik percuma yang akan melengkapkan ruang kediaman anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Kunjungi bilik pameran MSR Interior Design untuk mendapatkan konsultasi percuma! Anda juga boleh hubungi syarikat ini di talian 9778-1234.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg