Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MTFA derma $10,000 kepada RLAF bagi bantuan di Gaza

Mar 24, 2024 | 3:14 PM
(Dari kiri) Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos; Naib Presiden MTFA, Syed Jaafar Syed Alwi Madihi; Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah; Encik Muhammad Toy-yib Abu Hurairi; Encik Mohd Fahmi Aliman; dan Encik Sanny Abdullah di majlis penyampaian cek derma $10,000 MTFA kepada RLAF pada 22 Mac.
(Dari kiri) Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos; Naib Presiden MTFA, Syed Jaafar Syed Alwi Madihi; Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah; Encik Muhammad Toy-yib Abu Hurairi; Encik Mohd Fahmi Aliman; dan Encik Sanny Abdullah di majlis penyampaian cek derma $10,000 MTFA kepada RLAF pada 22 Mac. - Foto MTFA

Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) telah menyumbang $10,000 kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi bantuan di Gaza.

Cek derma itu disampaikan semasa majlis iftar tahunan bersama penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan MTFA pada 22 Mac, ujar MTFA dalam satu kenyataan. Ia disampaikan presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, kepada pengurus kanan RLAF, Encik Toy-yib Abu Hurairi.

Tetamu terhormat majlis itu ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman. Majlis tersebut dihadiri sekitar 130 tetamu dan ditaja Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BigFoot Logistics Pte Ltd, Encik Sanny Abdullah.

Menurut MTFA lagi, majlis itu sejajar dengan matlamatnya mengukuhkan persaudaraan dalam masyarakat dan mengembangkan jalinan serta memupuk perkongsian berterusan dan bermakna dengan lebih banyak pertubuhan Melayu/Islam dalam usaha amal.

“Ini juga selari dengan tema Ramadan, iaitu Menghayati keteguhan dalam sifat Ihsan atau Istiqamah dalam Keihsanan – yang membawa erti pengekalan sikap konsisten (dalam) melakukan kebaikan dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan,” ujar MTFA.

Penghuni Darul Ihsan juga menerima sumbangan duit Raya pada majlis itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg