Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muat naik aplikasi Singpass untuk terima notifikasi GSTV

Jul 14, 2022 | 5:30 AM
TERIMA NOTIFIKASI: Penduduk Singapura digesa muat naik aplikasi Singpass supaya dapat menerima notifikasi Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV). - Foto SHIN MIN
TERIMA NOTIFIKASI: Penduduk Singapura digesa muat naik aplikasi Singpass supaya dapat menerima notifikasi Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV). - Foto SHIN MIN -

WARGA Singapura digesa untuk muat naik aplikasi Singpass bagi mendapatkan notifikasi Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV), kata Kementerian Kewangan (MOF).

Bagi mereka yang belum muat naik atau melengkapkan persediaan akaun sekali saja dalam aplikasi Singpass namun telah mendaftarkan nombor telefon bijak mereka, tetap akan menerima notifikasi SMS.

Penerima yang layak akan dimaklumkan pada Ogos 2022 selepas Bayaran Tunai dan Khas GSTV telah dikreditkan dalam akaun mereka.

Untuk mengelakkan penipuan, notifikasi SMS yang dihantar oleh "GSTV" hanya akan memaklumkan warga mengenai manfaatnya.

Penduduk tidak akan disuruh membalas mesej tersebut, menekan sebarang pautan atau memberikan maklumat lanjut kepada penghantar.

MOF juga berkata mesej itu tidak akan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp atau platform mesej aplikasi lain.

Penduduk digalakkan untuk muat naik aplikasi Singpass daripada aplikasi rasmi seperti App Store, Play Store atau Huawei AppGallery.

MOF mengingati penduduk agar meneliti jika aplikasi tersebut dihasilkan oleh Agensi Teknologi Pemerintah supaya dapat menerima notifikasi daripada pihak pemerintah.

Seramai 1.5 juta warga Singapura akan menerima wang tunai sehingga $700 bulan depan, sebagai sebahagian daripada pakej bernilai $1.5 bilion bagi membantu warga Singapura mengharungi tekanan inflasi yang kian meningkat.

Bayaran GSTV - Tunai dan GSTV - Medisave merupakan sebahagian sokongan berterusan pemerintah bagi warga Singapura yang berpendapatan rendah dan warga senja demi membantu mengurangkan kesan GST dan kos kehidupan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg