Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mufti: Ayat suci tidak patut diguna untuk wajarkan perbuatan keji

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Ayat suci tidak patut diguna untuk wajarkan perbuatan keji

Mar 27, 2024 | 07:44 PM



Al-Quran tidak sepatutnya digunakan untuk mewajarkan perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Memberi komennya yang pertama terhadap satu hantaran Facebook oleh Kedutaan Israel di sini, Dr Nazirudin berkongsi di media sosial pada 27 Mac bahawa “tiada siapa pun yang patut bercakap tentang kitab suci dengan penghinaan, apatah lagi berbohong tentang apa yang dikatakan atau sengaja menyalahgambarkan ajarannya”.

Hantaran di Facebook Kedutaan Israel tersebut mendakwa Israel merupakan penduduk asli Palestin berdasarkan sebutan dalam Al-Quran.

Hantaran di laman Facebook rasmi Kedutaan Israel di Singapura pada 24 Mac itu menyatakan:

“Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran. Sebaliknya, Palestin tidak disebut sekali pun. Setiap bukti arkeologi – peta, dokumen, wang syiling, menghubungkan tanah Israel dengan orang Yahudi sebagai orang asli di tanah itu.”

Hantaran tersebut dipadamkan setelah pemerintah Singapura campur tangan dan minta ia dihapuskan.

Dr Nazirudin berkata pemadaman catatan tersebut sedikit sebanyak dapat memujuk hati, “tetapi kami benar-benar risau akan mereka yang menyalahgunakan kitab suci”.

Beliau berkata bahawa di dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada golongan ‘Ahli Kitab’ dan telah meninggikan darjat mereka dengan firman-Nya. Mereka seharusnya menghormati dan melindungi kesucian kalam-Nya itu.

“Oleh itu, janganlah sampai ada yang bercakap tentang ayat-ayat suci dengan penghinaan, apatah lagi berbohong tentang apa yang dikatakan atau sengaja menyalahgambarkan ajarannya.

“Lebih teruk lagi mewajarkan jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan menggunakan ayat-ayat suci,” kata beliau.

Mufti mengatakan bahawa daripada Al-Quran dan Rasulullah saw yang telah menyampaikan ayat-ayat suci tersebut kepada ummahnya, nilai dan etika terbaik dalam berurusan dengan manusia diajarkan.


“Quran memberitahu kita bahawa kita akan berdepan dengan kejahatan dalam dunia ini, tetapi kita harus menolaknya dengan kebaikan.

“Kita akan menemukan kebencian dalam hati-hati orang, tetapi kita patut melembutkannya dengan belas ihsan.

“Kita akan bertemu mereka yang tidak adil, tetapi kita patut mencabar ketidakadilan dengan tegas dan rasa hormat.

“Kita ketahui tentang keganasan dan penindasan, tetapi kita patut kekal tabah pada jalan harmoni dan keamanan,” kata Mufti.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam masa-masa mencabar ini – dengan tragedi, kesakitan dan penderitaan berleluasa – adalah penting untuk ingat akan nilai terpenting dalam kitab suci iaitu “kesucian hidup manusia yang mesti dilindungi dan diselamatkan”.

Beliau turut berkongsi ayat Al-Quran yang bermaksud sesiapa sahaja telah membunuh satu nyawa seolah-olah telah membunuh seluruh kemanusiaan, dan sesiapa yang telah menyelamatkan satu nyawa seolah-olah telah menyelamatkan seluruh kemanusiaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >