Mufti: Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidiladha 10 Julai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mufti: Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidiladha 10 Julai

Jun 30, 2022 | 5:30 AM

Mufti: Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidiladha 10 Julai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto BM oleh ARIFFIN JAMAR
- Foto BM oleh ARIFFIN JAMAR -

MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Zulhijah bermula esok dengan Hari Raya Aidiladha bakal diraikan umat Islam di Singapura pada 10 Julai ini.

Dalam satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, beliau menyatakan bahawa mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims), anak bulan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang semalam.

Ini bererti hari ini (30 Jun) adalah hari pencukup bulan Zulkaedah sebanyak 30 hari.

"Selamat beribadah dalam bulan suci dan mulia Zulhijah dan selamat menyambut Aidiladha dengan menghayati maksud dan tujuan pengorbanan," jelas Dr Nazirudin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg