SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Muis: $2.4 juta zakat diagihkan tahun ini, naik 19%; lebih 75% sudah penuhi zakat fitrah

Muis: $2.4 juta zakat diagihkan tahun ini, naik 19%; lebih 75% sudah penuhi zakat fitrah

May 6, 2021 | 4:32 PM

Muis: $2.4 juta zakat diagihkan tahun ini, naik 19%; lebih 75% sudah penuhi zakat fitrah

Lebih 75 peratus pembayar zakat telah memenuhi tanggungjawab zakat fitrah mereka pada Ramadan tahun ini. - Foto MUIS
Lebih 75 peratus pembayar zakat telah memenuhi tanggungjawab zakat fitrah mereka pada Ramadan tahun ini. - Foto MUIS -

ZAKAT bernilai $2.4 juta berbentuk wang tunai dan hamper Hari Raya akan diagihkan pada Jumaat (7 Mei).

Jumlah ini naik 19 peratus berbanding $2.01 juta yang diagihkan tahun lalu.

Seramai 7,760 isi rumah akan menerima zakat tahun ini, termasuk 200 keluarga yang belum pernah mendapat bantuan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), tetapi disarankan oleh Pusat Khidmat Keluarga (FSC), kata Muis dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis.

Tahun lalu, sekitar 6,900 isi rumah menerima zakat.

Jumlah pengagihan tunai Ramadan bagi tahun ini adalah antara $150 hingga $1,000, bergantung pada saiz isi rumah, kata Muis.

Muis berkata kutipan zakat bermula kuat tahun ini, dengan lebih 75 peratus pembayar zakat telah memenuhi tanggungjawab zakat fitrah mereka.

Bilangan ini dijangka bertambah dengan lebih ramai dalam masyarakat memenuhi tanggungjawab zakat mereka sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg