Topik diikuti
Pergi ke BHkuMuis galak jemaah manfaat TraceTogether demi pastikan keselamatan
Muis galak jemaah manfaat TraceTogether demi pastikan keselamatan
Meskipun lebih banyak ruang solat di masjid kini sudah diperuntukkan, namun para jemaah diingatkan agar terus berwaspada kerana ancaman Covid-19 masih belum berlalu.
Mengeluarkan peringatan itu di Facebooknya hari ini (17 Oktober), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata bahawa penjejakan kontak kekal penting dalam mencegah penularan virus tersebut.
Lantaran itu, Muis menggalak jemaah agar memuat turun aplikasi TraceTogether dan mendapatkan token apliksi itu, sebagai satu usaha memastikan diri dan masjid-masjid kita selamat.
Orang ramai juga boleh mendapatkan bantuan pegawai masjid apabila berkunjung ke 24 masjid yang menerima sistem masuk TraceTogether Safe Entry.
Muis menambah masjid-masjid akan membantu jemaah yang tidak begitu celik teknologi atau memiliki telefon bijak untuk belajar menggunakan TraceTogether.