Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis: Jemaah berulang dibenar daftar bagi solat Jumaat 14 Ogos

Aug 12, 2020 | 3:44 PM
Maklum balas yang diterima dan baki tempat yang masih ada mendorong Muis untuk membenarkan pendaftaran berulang bagi solat Jumaat 14 Ogos. - FOTO: Fail.
Maklum balas yang diterima dan baki tempat yang masih ada mendorong Muis untuk membenarkan pendaftaran berulang bagi solat Jumaat 14 Ogos. - FOTO: Fail. -

JEMAAH yang berjaya mendapat tempat solat Jumaat pada 26 Jun lalu kini dibenar mendaftar bagi solat Jumaat pada 14 Ogos, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), pada Rabu (12 Ogos).

Pendaftaran bermula pada Khamis (13 Ogos), 10 pagi menerusi laman ourmosques.commonspaces. sg atau aplikasi Muslim.sg dan ini tertakluk kepada jumlah slot solat Jumaat yang masih berbaki, kata Muis.

Menurut Muis, sehingga 1 tengah hari pada 12 Ogos, lagi 1,700 slot masih berbaki.

Sebelum ini, jemaah tidak dibenarkan mendaftar lagi untuk slot solat Jumaat jika sudah berjaya mendapatkan tempat sebelumnya kerana tempat terhad.

Namun maklum balas yang diterima dan baki tempat yang masih ada mendorong Muis untuk membenarkan pendaftaran berulang bagi solat Jumaat 14 Ogos.

Ia akan membuat pengumuman lanjut bagi solat Jumaat di masa depan.

Sehingga minggu lalu, 55,700 tempat solat individu telah diperuntuk bagi solat Jumaat sejak 26 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg