Premium
Muis keluar kenyataan kecam pengganasan yang berleluasa
Mar 30, 2016 | 5:30 AM

-
MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) semalam mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mengecam tindakan kumpulan pengganas yang kini berleluasa di dunia.
Dalam kenyataan di laman sosial tersebut, Muis berkata: "Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah melihat terlalu banyak insiden keganasan yang buruk di seluruh dunia - dari Istanbul ke Jakarta, dari Syria ke Cameroon, Ankara, Brussels dan baru beberapa hari lalu di Lahore.

