Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis main peranan aktif bantu penuhi keperluan rohani pekerja warga asing

Apr 22, 2020 | 6:27 PM
Muis berkata sokongan itu penting lebih-lebih lagi memandangkan Ramadan dilalui pekerja asing di bawah larangan baru yang tidak membenarkan mereka keluar dan masuk dormitori.
Muis berkata sokongan itu penting lebih-lebih lagi memandangkan Ramadan dilalui pekerja asing di bawah larangan baru yang tidak membenarkan mereka keluar dan masuk dormitori. - Reuters

RAMADAN tahun ini bakal menyaksikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memainkan peranan aktif dalam membantu memenuhi keperluan rohani pekerja warga asing beragama Islam di sini.

Dalam usaha memastikan kepentingan pekerja Muslim di asrama atau dormitori pekerja asing ini diberi perhatian dan mereka kekal mematuhi arahan sepanjang tempoh pemutus litar, Muis akan menyalurkan pelbagai bantuan, termasuk memberi maklumat penting dan terkini berkaitan Ramadan, dalam bahasa Ibunda mereka, Bengali.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (22 April), Muis berkata, sokongan itu penting lebih-lebih lagi memandangkan Ramadan dilalui golongan tersebut di bawah larangan baru yang tidak membenarkan mereka keluar dan masuk dormitori. Muis berkata ia bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), untuk mengagihkan maklumat seperti jadual waktu solat, fatwa, panduan agama (irsyad) dan infografik yang dikeluarkan dalam tempoh ini. Muis juga sedang bekerjasama dengan Masjid Assyakirin untuk menghasilkan video ringkas oleh imam yang berbahasa Bengali untuk menyampaikan pesanan keagamaan dan sokongan bagi membantu golongan tersebut menguruskan kehidupan keagamaan mereka dalam tempoh ini. Bahan dalam bahasa Bengali juga akan ditawarkan di SalamSG TV, sebuah saluran YouTube yang akan menyediakan video dalam talian buat masyarakat Islam Ramadan ini.

SalamSG merupakan satu kerjasama antara Muis dan Berita Harian. Muis juga bekerjasama dengan pasukan petugas silang agensi yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pekerja asing dan pengendali dormitori, untuk mengagihkan panduan keagamaan semasa Ramadan serta nasihat perubatan berkaitan puasa. Ini termasuk panduan menunaikan solat tarawih dalam keadaan penularan wabak, dan menjalani Ramadan dalam Kemudahan Pengasingan Masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg