Muis, Pergas meterai perjanjian tingkat keupayaan asatizah menerusi ARS
Premium
Muis, Pergas meterai perjanjian tingkat keupayaan asatizah menerusi ARS
Majlis Ugama Islam SingapuraMuispersatuan ulama dan guru-guru agama islam singapurapergasskim pengiktirafan asatizaharsprogram pendidikan profesional berterusancpe
Jul 26, 2018 | 5:30 AM
PERKUKUH USAHA: Ketua Eksekutif Muis, Encik Abdul Razak Hassan Maricar (dua dari kiri) dan Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan (dua dari kanan) memeterai MOU Muis-Pergas. Menyaksikan majlis itu ialah (dari kiri) Timbalan Pengarah, Dasar dan Peraturan Keagamaan Muis, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy; Mantan Mufti Singapura, Shaikh Syed Isa Mohamed Semait; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff. - Foto MUIS -
MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah memeterai perjanjian baru bagi memperteguh komitmen mereka dalam rangka mempertingkat keupayaan asatizah menerusi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) itu, Muis akan memperuntukkan geran $615,000 bagi program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) yang akan dijalankan pada 2018 dan 2019 untuk asatizah.

