Rumah ibadah bagi semua dibuka semula, tapi ibadah secara privet
Premium
Rumah ibadah bagi semua dibuka semula, tapi ibadah secara privet
Majlis pernikahan secara bersemuka diizin semula tetapi hanya sehingga 10 orang boleh hadiri majlis
May 20, 2020 | 5:30 AM
SIDANG MEDIA MAYA: Sidang media berlangsung di dua tempat berlainan. (dari kiri) Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee berada di lokasi yang sama. Manakala Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong berada di lokasi berasingan.- Foto MCI -
RUMAH ibadah bagi semua agama akan dibuka semula mulai 2 Jun ini, namun hanya ibadah secara privet akan dibenarkan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.
"Keperluannya adalah ia dibuka hanya bagi ibadah secara privet...yang bermakna, ahli keluarga daripada rumah yang sama boleh pergi ke rumah ibadah, tertakluk pada had lima orang daripada rumah yang sama pada setiap masa," kata beliau, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani pandemik Covid-19 dalam satu sidang media semalam.

