Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mulai Isnin 5 orang boleh kumpul, makan di luar; tidak perlu dari isi rumah sama

Nov 20, 2021 | 2:21 PM
-

MULAI Isnin ini (22 Nov), hingga lima orang sudah divaksin boleh menjamu selera bersama di luar, walaupun mereka bukan dari isi rumah yang sama.

Had perhimpunan sosial juga akan dinaikkan kepada lima orang daripada dua orang sekarang mulai Isnin, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada Sabtu (20 Nov).

Kumpulan hingga lima orang boleh makan di kedai makanan dan minuman (F&B) jika semua individu divaksin. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah boleh menyertai kumpulan ini selagi semua kanak-kanak itu daripada isi rumah yang sama.

Kelonggaran ini akan dilaksana secara berperingkat di pusat penjaja dan kedai kopi bermula 23 November apabila pemeriksaan bagi langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) bermula di tempat makan ini.

Bagi majlis akad nikah dan pernikahan, pasangan juga akan dibenarkan untuk tidak memakai pelitup sepanjang majlis itu bermula Isnin ini. Kegiatan menyanyi juga akan dibenarkan.

Ini bergantung pada langkah berjaga-jaga, termasuk menjalani ujian pantas antigen (ART) yang dijalankan pengendali tempat, atau ujian praacara dalam tempoh 24 jam sebelum majlis.

Selain itu, langkah VDS akan diperluas kepada lebih banyak tempat, termasuk perpustakaan di bawah Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dan kegiatan tertentu di pusat masyarakat, bagi membenarkan hanya individu yang sudah divaksin untuk memasuki tempat-tempat ini. Mulai Isnin juga, individu yang sudah divaksin boleh kembali melawat hospital dan rumah penjagaan warga emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg