Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mural abadikan kehidupan di Tampines

Sep 27, 2022 | 5:30 AM
TEMBOK RAKAMAN SEJARAH: Encik Kelvin Lee (kiri), artis mural di stesen MRT Tampines, bersama Encik Masagos Zulkifli semasa pelancaran siri mural Comic Connect. Di belakang ialah mural yang menonjolkan Our Tampines Hub. - Foto SMRT
TEMBOK RAKAMAN SEJARAH: Encik Kelvin Lee (kiri), artis mural di stesen MRT Tampines, bersama Encik Masagos Zulkifli semasa pelancaran siri mural Comic Connect. Di belakang ialah mural yang menonjolkan Our Tampines Hub. - Foto SMRT -

KEHIDUPAN harian penduduk Tampines yang berkisar pada tempat tumpuan daerah itu kini diabadikan dalam bentuk mural, atau lukisan tembok.

Ia siri mural kedua SMRT Trains sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-35 pengendali kereta api itu, yang melibatkan komuniti seni tempatan menghasilkan seni mural bertemakan warisan Singapura.

Siri kedua itu - Comic Connect - di stesen MRT Tampines memaparkan tempat ikonik di Tampines. Ia dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.

Empat mural itu menonjolkan kehidupan sekitar Our Tampines Hub, Pasar Bulat Tampines, Masjid Darul Ghufran dan Taman Eco Green Tampines.

"Untuk mencipta siri mural stesen MRT Tampines, saya melawat keempat-empat tapak pada tiga hujung minggu. Saya berjalan di sekitar lokasi, bergaul dengan penduduk dan menyertai aktiviti seperti menonton wayang di Tampines Hub dan makan di Pasar Bulat Tampines," kata artis mural itu, Encik Kelvin Lee, yang berharap orang ramai itu akan menikmati mural itu.

Mural tembok pertama ialah di stesen Toa Payoh, salah satu daripada lima stesen MRT yang memulakan operasi pada 1987. Menjelang akhir 2023, mural akan dipasang secara berperingkat di 35 stesen MRT, yang dipilih kerana kepentingan sejarahnya.

Mural itu menjemput penumpang merasai "semangat kampung" dan menerima stesen MRT sebagai sebahagian daripada rumah dan komuniti mereka, ujar SMRT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg