Topik diikuti
Pergi ke BHkuMurid madrasah Irsyad bersihkan masjid, agih bubur
May 28, 2018 | 5:30 AM
Murid madrasah Irsyad bersihkan masjid, agih bubur
SEBAGAI langkah menyemai sikap prihatin dan sifat belas kasihan terhadap masyarakat, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah telah melancarkan Program Khidmat Masyarakat yang dipanggil 'Irsyad dan Ramadan'.
Melibatkan 400 murid pelajar secara keseluruhan, program ini berharap dapat membuka minda murid agar sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki di samping mempersiapkan diri sebagai Khalifah Fil-Ardh (khalifah di muka bumi).