Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Murid pekak belajar bersama murid lain di Sekolah Rendah Mayflower tahun depan

Sep 16, 2017 | 5:20 PM
Dr Janil bersama Presiden Halimah Yacob dan tamu lain di pelancaran Minggu Kehilangan Pendengaran Antarabangsa.
Dr Janil bersama Presiden Halimah Yacob dan tamu lain di pelancaran Minggu Kehilangan Pendengaran Antarabangsa. - Foto Mohd Khalid Baba

Mulai tahun depan, murid di sekolah rendah aliran biasa akan belajar bersama murid pekak yang menggunakan bahasa isyarat.

Sekolah Rendah Mayflower di Ang Mo Kio akan mengambil sehingga tujuh murid yang kehilangan pendengaran dalam kohort darjah satunya tahun depan.

Sekolah itu merupakan sekolah rendah pertama yang telah ditetapkan untuk menerima murid yang mempunyai masalah kehilangan pendengaran sederhana hingga tahap lanjut.

Sekarang ini, golongan murid yang mempunyai masalah sedemikian bersekolah di sekolah pendidikan khas Lighthouse School atau Canossian School.

Bercakap di pelancaran Minggu Kehilangan Pendengaran Antarabangsa tengah hari tadi, Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary berkata Sekolah Rendah Mayflower telah dipilih antara lain kerana ia berdekatan Sekolah Menengah Beatty di Toa Payoh, yang turut mengambil pelajar pekak yang menggunakan bahasa isyarat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg