Murid raih manfaat dari fleksibiliti Pengumpulan Berdasar Subjek
Premium
Murid raih manfaat dari fleksibiliti Pengumpulan Berdasar Subjek
Mar 8, 2017 | 5:30 AM
LEBIH MENCABAR MINDA: Pilihan mengambil subjek Bahasa Melayu di peringkat Ekspres dapat meningkatkan lagi pemahaman Ismahani Azmi (kanan). Bersamanya ialah guru bahasa Melayunya, Cik Siti Hawa Zaini. - Foto M.O. SALLEH -
MEMBACA, memahami dan menelaah komentari yang dihasilkan akhbar Berita Harian (BH) mungkin sesuatu yang sukar difahami pelajar Sekolah Menengah Jurong, Ismahani Azmi, jika dia terus mengambil Bahasa Melayu di peringkat Normal (Teknikal).
Namun ekoran bakatnya dalam bahasa ibunda itu, pelajar menengah empat ini telah memilih mahu mengambil Bahasa Melayu di peringkat Ekspres semasa di menengah satu lagi.

