Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Musim ke-3 The BM Show sorot pelbagai topik semasa, gaya hidup

Feb 6, 2021 | 5:30 AM
AKAN DATANG: Pelakon Erwin Dawson (duduk kiri) hadir di set The BM Show untuk episod ketiga, diwawancara oleh hos Hanim Mohd Saleh (duduk kanan). Rancangan diterbitkan oleh Siti Zulaiqah Abdul Rahim (berdiri, kanan) dan wartawan Nur Humaira Sajat sebagai kru dan hos bersama. - Foto BH/BM
AKAN DATANG: Pelakon Erwin Dawson (duduk kiri) hadir di set The BM Show untuk episod ketiga, diwawancara oleh hos Hanim Mohd Saleh (duduk kanan). Rancangan diterbitkan oleh Siti Zulaiqah Abdul Rahim (berdiri, kanan) dan wartawan Nur Humaira Sajat sebagai kru dan hos bersama. - Foto BH/BM -

SETELAH dua bulan berehat, The BM Show kembali dalam musim ketiga esok dengan kandungan yang lebih padat, mendidik dan menyerantau.

Menerusi lapan episod musim ini dengan setiap satu dibahagikan kepada tiga segmen - Singapura, Hiburan dan Gaya Hidup - topik-topik yang diketengahkan meliputi isu-isu semasa dan gaya hidup yang sesuai dengan cara kita mengharungi suasana pandemik Covid- 19.

Antaranya termasuklah meneroka kempen baru yang dilancarkan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) untuk menyediakan sokongan berterusan kepada masyarakat, termasuk wanita dan keluarga, menerusi pelbagai program dan perkhidmatannya bagi segmen Singapura.

Untuk Hiburan pula, selain membincangkan perkembangan dunia seni dan hiburan Singapura, turut disorot ialah perkembangan personaliti yang berada di negara jiran seperti Cef Wan dan Norish Karman, yang diwawancara secara maya.

Penerbit The BM Show, Cik Siti Zulaiqah Abdul Rahim, berkata berbanding dengan dua musim lalu, musim ketiga ini menawarkan visual yang lebih menarik kerana lebih banyak penggambaran dapat dibuat di luar studio selepas Singapura melangkah ke Fasa Tiga.

Antara penggambaran luar termasuk kunjungan ke Bendera Bay di Pulau St. John sambil mendengar kisah menarik seorang bekas penduduk di pulau itu.

"Inilah keistimewaan segmen Singapura di mana kami dapat membuat penggambaran di luar studio media akhbar ini - jika dibandingkan dengan dua musim pertama The BM Show semasa tempoh pemutus litar, Fasa Satu dan Fasa Dua," kata Cik Siti Zulaiqah.

Dalam segmen Gaya Hidup, penonton diajak meneroka Singapura untuk mengenali kegiatan-kegiatan dan tempat menarik yang ada di estet-estet kejiranan yang dikunjungi.

Contohnya di Tampines, tempat makanan sarapan ikonik dalam kalangan penduduk turut diketengahkan.

Sepanjang 10 episod pada musim pertamanya, The BM Show menikmati sekitar 30,000 tontonan bagi setiap episod.

Musim kedua program digital itu juga mendapat sambutan memberangsangkan. Salah satu daripada lapan episod, yang menampilkan topik Pengaruh Ustaz Media Sosial turut menarik lebih 150,000 tontonan.

Seperti musim lalu, The BM Show musim ketiga mengekalkan hos tetap, wartawan Cik Irma Kamarudin dan Penolong kepada Editor, Cik Hanim Mohd Saleh.

Turut diketengahkan ialah hos bersama, wartawan Cik Natasha Mustafa dan Cik Nur Humaira Sajat.

The BM Show boleh ditonton Ahad ini, 10 pagi, menerusi www.beritaharian.sg, serta menerusi laman Facebook dan Instagram akhbar ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg