SYARIKAT Jalaluddin Services Pte Ltd mengutamakan kambing korban bermutu tinggi dan memastikan agar kambing ternakan layak dikorban dengan adanya ladang kambing di Indonesia.
Syarikat ini yang menyediakan khidmat korban, akikah dan nazar luar negara bagi umat Islam Singapura selama 14 tahun, telah menguruskan hampir 30,000 ekor ternakan kambing.
Ladang kambing tersebut diterajui Allahyarham Ustaz Jalaluddin Hassan yang telah berganding dengan teman karibnya di Indonesia.
Allahyarham telah memulakan ladang kambing itu kerana beliau menitikberatkan mutu kambing yang bakal dikorbankan buat umat Islam Singapura.
Dengan adanya ladang sendiri, kakitangan syarikat ini memastikan proses pemilihan kambing hinggalah penyembelihan dan pengagihan dijaga rapi dengan cara yang tersusun dan dipantau rapat.
Tambahan lagi, doktor haiwan syarikat ini sering mengadakan pemeriksaan kesihatan kambing-kambing di ladang itu. Mentelah lagi dengan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) kambing yang baru-baru ini menular, kambing syarikat itu diasingkan dan dijaga rapi bagi memastikan tiada kesan wabak tersebut.
Pengagihan daging korban syarikat ini juga dijalankan penuh amanah. Kakitangannya mengagihkan daging tersebut kepada golongan memerlukan termasuk mereka yang berada di kampung pedalaman.
Kesemua kambing yang ditempah akan disembelih di ladang syarikat ini sendiri. Amanah dan kejujuran adalah tunggak kejayaan Jalaluddin Services.
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafii adalah sunat muakkad. Ini kerana Allah swt telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan agar melaksanakannya.
Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:
"Kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)."
Selain itu, daging korban juga wajib disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:
"Dengan yang demikian, makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (Surah al-Hajj: 28)
Bagi meringankan pembelanjaan jemaah, syarikat ini menawarkan dua kambing korban Indonesia dengan harga $340.
Jemaah juga boleh memilih daripada beberapa jenis kambing iaitu kambing XL (seberat 30 kilogram hingga 35 kilogram): $350; atau kambing premium, kambing jantan yang bertanduk (seberat 45 kilogram): $450.
Jemaah juga boleh menjalankan ibadah korban di Timur Tengah. Syarikat ini menawarkan kambing Makkah $230; unta Makkah $2,300; kambing Palestin $790; kambing Yaman $240; dan kambing Kahirah $240.
Di Kemboja dan Vietnam, syarikat ini menawarkan seekor lembu korban pada harga $1,215.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg