Premium
Mutu udara di S'pura kekal di paras sederhana
Semalam merupakan hari pertama sekolah dibuka selepas cuti seminggu
Sep 17, 2019 | 5:30 AM
JAGA KESIHATAN: Farhan Baharudin, sembilan tahun (tengah) mengenakan pelitup disebabkan jerebu semalam. Bersamanya ialah (dari kiri) Nurul Qastylah Haiqah Rohaizad lapan tahun dan Eryna Qisya. - Foto BH oleh NUR HUMAIRA SAJAT -
MUTU udara di Singapura kekal pada paras sederhana semalam, hari pertama sekolah dibuka selepas cuti seminggu.
Bacaan PM2.5 sejam pada 7 malam semalam berada di kadar lebih tinggi daripada biasa - antara 65 mikrogram setiap meter padu dengan 94 mikrogram setiap meter padu - dengan bacaan terus meningkat sejak pagi.

