Muzikal, sarkas antara tarikan di Marina Bay jelang Tahun Baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muzikal, sarkas antara tarikan di Marina Bay jelang Tahun Baru

Dec 30, 2019 | 2:38 PM

Muzikal, sarkas antara tarikan di Marina Bay jelang Tahun Baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SAMBUT TAHUN BARU: Pemandangan bunga api dari Marina Bay Sands SkyPark pada 1 Januari 2019.
SAMBUT TAHUN BARU: Pemandangan bunga api dari Marina Bay Sands SkyPark pada 1 Januari 2019. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

ORANG ramai boleh menikmati stau pertunjukan muzikal dari Jepun yang melibatkan bunga api serta 500 dron buat kali pertama sempena sambutan menjelang Tahun Baru esok (31 Disember) di pentas terapung The Float @ Marina Bay.

Pertunjukan selama satu setengah jam itu juga akan memaparkan penari balet dan penunggang ekasikal.

Muzikal Star Island Singapore Countdown Edition itu merupakan antara pertunjukan di acara 'countdown' terbesar Singapura, Marina Bay Singapore Countdown 2020.

Tiket masuk ke kawasan muzikal itu berharga $88 dan pintu masuk dibuka pada 5 petang.

Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati pertunjukan sarkas oleh Uncle Ringo di Bayfront Event Space, dengan tiket masuk berharga antara $70 dengan $150.

Orang ramai juga boleh menjangkakan pelbagai acara lain esok bagi menyambut ketibaan 2020.

Antara lain, mereka boleh membawa anak-anak menikmati kegiatan 'bouncy castle', kraftangan, pertunjukan silap mata dan pelbagai persembahan di The Lawn @ Marina Bay esok mulai 5 petang.

Muka bangunan The Fullerton Hotel pula bermandi cahaya dengan dihiasi karya seni penerima bantuan Beyond Social Services serta Shine Children and Youth Services.

Pertunjukan cahaya itu berlangsung dari 8 hingga 10.30 malam hari ini dan antara 8 hingga 11.30 malam esok.

Bagi maklumat lanjut tentang acara lain, orang ramai boleh lungsuri laman web www.marinabaycountdown.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg