Premium
Muzium Negara ingin idea awam bagi projek seni digital
Jan 30, 2018 | 5:30 AM

-
MUZIUM Negara Singapura ingin mendapatkan idea orang ramai bagi projek teknologi dan seni digital yang boleh mempertingkatkan pengalaman pengunjung.
Mengumumkan demikian semalam, mereka berkata idea yang diusulkan orang ramai harus menggabungkan teknologi imersif dan budaya, selain memberi tumpuan pada tema seperti ilmu muzium, warisan, penyelidikan dan pengalaman galeri.

