Apa dalil tidak dianjurkan bersalaman ketika ada wabak berjangkit?
Sahih Muslim meriwayatkan bahawa pernah satu ketika satu rombongan daripada Bani Tsaqif datang ke Madinah untuk memberikan ikrar setia pada Rasulullah saw.
Menyedari bahawa dalam kalangan mereka ada yang dijangkiti sejenis penyakit berjangkit, Rasulullah meminta seorang lelaki daripada kaum tersebut supaya datang untuk baginda mengutuskannya supaya menyampaikan kepada mereka bahawa Rasulullah telah menerima janji setia mereka maka bolehlah mereka pulang tanpa bersalaman dengan Rasulullah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg