Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nafas baru bagi Masjid Khadijah, pusat RRG

Apr 30, 2021 | 5:30 AM
PROJEK PENINGKATAN: Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood (tengah), menyerahkan cek oleh Muis kepada pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Ali Mohamed, yang menerima bagi pihak masijd. Bersama mereka ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkilfli Masagos Mohamad (paling kiri), DPM Heng (dua dari kanan), dan pengerusi bersama RRG, Ustaz Mohd Hasbi Hassan (paling kanan). - Foto BH oleh DESMOND WEE
PROJEK PENINGKATAN: Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood (tengah), menyerahkan cek oleh Muis kepada pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Ali Mohamed, yang menerima bagi pihak masijd. Bersama mereka ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkilfli Masagos Mohamad (paling kiri), DPM Heng (dua dari kanan), dan pengerusi bersama RRG, Ustaz Mohd Hasbi Hassan (paling kanan). - Foto BH oleh DESMOND WEE -

RANCANGAN untuk memberi nafas baru kepada Masjid Khadijah, serta meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang terletak di tingkat dua masjid, telah diumumkan semalam.

Antaranya ialah rancangan untuk membina galeri luar pusat tersebut, dewan serbaguna lebih luas, serta memasang lif baru di masjid itu, yang berusia lebih 100 tahun. Projek itu dijangka siap pada 2023.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang menghadiri majlis untuk mengumumkan projek itu semalam, berkata usaha peningkatan itu tepat pada masanya dan akan meningkatkan usaha RRG untuk mendekati masyarakat bagi menentang ideologi radikal.

Dalam ucapannya, beliau berkata RRG memainkan peranan penting memupuk keharmonian antara kaum dan agama di Singapura, serta menyebar mesej Islam yang sebenar.

Ini sedang ancaman yang menggugat hubungan antara kaum dan agama, termasuk ancaman pengganasan, masih wujud.

Selain RRG, masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas telah berusaha gigih untuk memupuk semangat muhibah antara pelbagai masyarakat di sini, kata Encik Heng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg