Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas bas-kereta di Pulau Jurong: 22 cedera

Dec 7, 2020 | 5:30 AM
KESAN KEMALANGAN: Bas yang terlibat dalam kemalangan di Pulau Jurong itu terbalik di sisinya, sementara bahagian depan kereta itu pula mengalami kerosakan teruk. - Foto ihsan PEMBACA ST
KESAN KEMALANGAN: Bas yang terlibat dalam kemalangan di Pulau Jurong itu terbalik di sisinya, sementara bahagian depan kereta itu pula mengalami kerosakan teruk. - Foto ihsan PEMBACA ST -

SERAMAI 21 penumpang bas yang dipercayai pekerja asing telah dikejarkan ke hospital pagi semalam selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Pulau Jurong.

Polis mengatakan semua mangsa itu dalam keadaan sedar ketika dibawa ke tiga hospital berlainan.

Pemandu kereta berusia 42 tahun itu pula dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Kesan kemalangan itu telah menyebabkan bas tersebut terbalik di sisinya, sementara bahagian depan kereta itu pula mengalami kerosakan teruk.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa 22 mangsa itu telah dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, NUH dan Hospital Besar Singapura.

Kemalangan itu berlaku pada 7 pagi di hujung Lebuh Raya Pulau Jurong di pulau itu. - ST.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg