Nahas beberapa kenderaan di CTE akibatkan sesak teruk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas beberapa kenderaan di CTE akibatkan sesak teruk

Feb 19, 2016 | 11:59 AM

Nahas beberapa kenderaan di CTE akibatkan sesak teruk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di CTE arah ke bandar sebelum Terowong Cairnhill. Gambar ST
Kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di CTE arah ke bandar sebelum Terowong Cairnhill. Gambar ST -

SATU kemalangan melibatkan beberapa kenderaan sebelum Terowong Cairnhill menyebabkan kesesakan teruk di Ekspreswe Central (CTE) menghala Expressway Ayer Rajah (AYE) pada pagi Jumaat (19 Feb).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menulis satu tweet pada kira-kira 9.50 pagi bahawa kemalangan itu berlaku selepas keluar Bukit Timah Road dan memaklumkan pengguna jalan raya supaya mengelakkan lorong 1 dan 2.

Pada kira-kira 10.13 pagi, kesesakan dikatakan menjangkau sehingga jalan susur keluar Ang Mo Kio Avenue 5.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan pada kira-kira 9.30, dan dua ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.

Dua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH), kata seorang jurucakap SCDF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg