Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas Lucky Plaza: Lebih $80,000 dikumpul buat mangsa

Dec 31, 2019 | 11:53 AM
BANTU MANGSA: Kesemua wang yang dikumpul itu akan disalurkan kepada empat pembantu rumah yang cedera serta keluarga dua lagi pembantu rumah yang maut akibat kemalangan di Lucky Plaza.
BANTU MANGSA: Kesemua wang yang dikumpul itu akan disalurkan kepada empat pembantu rumah yang cedera serta keluarga dua lagi pembantu rumah yang maut akibat kemalangan di Lucky Plaza. - Foto KELLY HUI

LEBIH $80,000 telah dikumpul buat mangsa warga Filipina dalam nahas di Lucky Plaza kelmarin (29 Disember), dalam masa sehari.

Pusat Pekerja Domestik berjaya mengumpulkan sekitar $86,000 daripada 700 penderma sehingga 11.35 pagi Selasa, menurut laman web Giving.sg.

Kesemua wang yang dikumpul itu akan disalurkan kepada empat pembantu rumah yang cedera serta keluarga dua lagi pembantu rumah yang maut akibat kemalangan tersebut.

Kelmarin, kesemua wanita itu sedang berkumpul di laluan pejalan kaki di Nutmeg Road belakang Lucky Plaza apabila sebuah kereta Honda hitam tiba-tiba menuju ke arah mereka dan melanggar mereka serta pagar besi di situ lalu terhempas beberapa meter ke jalan raya dekat laluan keluar dari tempat letak kereta pusat beli-belah itu.

Difahamkan, mangsa berada di laluan pejalan kaki dan turut jatuh beberapa meter ke bawah apabila dilanggar kereta itu.

Pasangan adik-beradik - Cik Arlyn Nucos, 50 tahun, yang terkorban, dan Cik Arceli Nucos, 56 tahun, yang cedera - merupakan antara mangsa kemalangan itu.

Seorang lagi teman mereka, Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun, turut terkorban.

* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg