Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas PIE: Pekerja migran kedua meninggal

Apr 23, 2021 | 7:06 PM
Foto FACEBOOK PUSAT PEKERJA MIGRAN (MWC)
Foto FACEBOOK PUSAT PEKERJA MIGRAN (MWC) -

SEORANG lagi pekerja migran yang terlibat dalam nahas Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) meninggal dunia pada Jumaat (23 April).

Nahas yang berlaku pada Selasa (20 April) melibatkan lori yang dinaiki pekerja migran berkenaan merempuh trak yang berhenti di PIE.

Dalam lampiran pos di Facebook, Pusat Pekerja Migran (MWC) mendedahkan pekerja berkenaan, Encik Sugunan Sudheeshmon, 28 tahun, dari Kerala, India, meninggal dunia di hospital kerana kecederaan yang dialami.

"Kami menghubungi ibunya yang juga bekerja di Singapura bagi menghulurkan bantuan dan mengirim ucap takziah buatnya dan keluarga," jelas MWC.

Seorang sukarelawan di badan tidak mengaup untung, ItsRainingRaincoats (IRR) memberitahu akhbar The Straits Times, sejak kejadian itu, seorang kaunselor telah pun menghubungi ibu Encik Sugunan dan memberinya sokongan dalam tempoh sukar ini.

Ibu Encik Sugunan adalah pembantu rumah asing di sini. Beliau berkunjung ke hospital pada malam Khamis sebelum Encik Sugunan meninggal dunia.

Encik Sugunan sudah beristeri dan mempunyai anak berusia 18 bulan. Isterinya tidak mengetahui keadaan yang menimpa suaminya, tambah sukarelawan IRR itu.

MWC menyatakan ia sedang bekerjasama dengan majikan pekerja berkenaan bagi menguruskan segala dokumen dan tuntutan yang perlu dibentangkan bagi mendapat pampasan Akta Pampasan Kecederaan Pekerja (WICA).

Lima pekerja lain masih dirawat di hospital menyusuli kemalangan itu. Salah seorang daripada mereka pula sudah dipindahkan dari Unit Jagaan Rapi (ICU) ke Unit Kebergantungan Tinggi, tambah MWC.

Seramai 17 pekerja berada di belakang lori yang dalam perjalanan ke tapak binaan di Woodlands.

Encik Toffazal Hossain, 33 tahun, dari Bangladesh meninggal dunia di hospital kerana kecederaan yang dialami pada Selasa. MWC menambah pihaknya telah menghubungi adik Encik Toffazal bagi lebih memahami keadaan keluarganya dan bantuan yang diperlukan.

Beliau meninggalkan ibu bapa, tiga adik-beradik wanita yang semuanya sudah berumah tangga dan adik lelaki yang masih belajar, isteri dan anak lelaki berusia dua tahun.

"Beliau adalah satu-satunya penyara hidup keluarga. Kami juga menghubungi isteri Encik Toffazal bagi meninjau apa lagi yang boleh kami bantu dalam menolongnya mengharungi waktu sangat sukar ini sementara menanti pampasan WICA dilunaskan," ujar MWC.

Pemandu lori berusia 36 tahun telah ditangkap atas kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg