Topik diikuti
Pergi ke BHkuNahas Sriwijaya Air: Pemerintah S'pura kirim takziah kepada Indonesia
Nahas Sriwijaya Air: Pemerintah S'pura kirim takziah kepada Indonesia
PEMERINTAH Singapura bersedih dengan berita nahas penerbangan Sriwijaya Air SJ182 pada 9 Januari 2021 dan mengucapkan takziah kepada pemerintah Indonesia dan keluarga mangsa yang ditinggalkan.
Ini disampaikan menerusi jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada petang Ahad (10 Januari).
Menurut jurucakap itu, pihaknya berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia dan tidak menerima sebarang laporan tentang warga Singapura dalam penerbangan tersebut sejauh ini.
Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta menerusi talian +62 811 863 348 atau Pejabat Petugas MFA di talian +65 6379 8800/8855.