Premium
Nahdlatul Ulama bertekad terus galak Islam sederhana
Mar 18, 2017 | 5:30 AM
PERTEGUH PRINSIP SEDERHANA: Pengerusi Nahdlatul Ulama Indonesia, Dr Kyai Said Aqil Siradj, menyampaikan ceramah anjuran RSIS mengenai usaha pertubuhan itu memupuk kesederhanaan dan toleransi, di Sheraton Towers baru-baru ini. - Foto KHALID BABA -
NAHDLATUL Ulama (NU), yang digelar sebagai pertubuhan Islam terbesar di dunia, bertekad mahu meneruskan usahanya mempromosi Islam sederhana di Indonesia, meskipun ia menghadapi cabaran daripada kumpulan lebih konservatif dan radikal.
Pengerusi Besar NU, Dr Kyai Said Aqil Siradj, akur perhimpunan di Jakarta baru-baru ini - berkaitan dakwaan Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, menghina Islam - adalah satu petanda meningkatnya sikap tidak bertolak ansur dalam sesetengah kumpulan.

