Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naib Presiden China temu Presiden Tharman, PM Lee di Istana

Nov 8, 2023 | 7:34 PM
KEKALKAN HUBUNGAN ERAT: Naib Presiden China, Encik Han Zheng (kiri) bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada Rabu. Mereka mengalu-alukan hubungan erat yang terjalin lama antara Singapura dengan China.
KEKALKAN HUBUNGAN ERAT: Naib Presiden China, Encik Han Zheng (kiri) bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada Rabu. Mereka mengalu-alukan hubungan erat yang terjalin lama antara Singapura dengan China. - Foto ST

Naib Presiden China, Encik Han Zheng, bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana pada Rabu.

Presiden Tharman dan Encik Han mengalu-alukan hubungan erat yang terjalin lama antara Singapura dengan China, yang disokong oleh kerjasama daripada pelbagai aspek.

Mereka turut membincangkan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk menyelesaikan cabaran global, serta melabur dalam rakyat dan institusi.

Encik Lee dan Encik Han pula makan tengah hari bersama di Istana.

Mereka mengesahkan semula hubungan dua hala Singapura-China yang kukuh, serta mengesahkan kepentingan Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) sebagai wadah dua hala puncak bagi kerjasama.

Semasa lawatannya, Encik Han sempat bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Dalam pertemuan mereka, Encik Heng dan Encik Han membincangkan bagaimana Singapura dan China boleh membina asas kerjasama yang kukuh dan merapatkan hubungan antara rakyat yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dengan rantau yang lebih luas.

Sementara itu, Encik Teo dan Encik Han bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan global dan serantau, serta cara untuk meneruskan kerjasama dua hala.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg