Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naik gaji $100 bagi asatizah masjid, madrasah lulus PCICS: Masagos

Langkah iktiraf pertingkat kemahiran, pengetahuan dan terap ilmu dalam peranan sebagai asatizah
Jan 31, 2022 | 5:30 AM
Bintang bola sepak Maghribi Achraf Hakimi.
Bintang bola sepak Maghribi Achraf Hakimi. - REUTERS

LULUSAN program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang bekerja sepenuh masa di masjid atau madrasah sepenuh masa akan menerima kenaikan gaji bulanan $100 sebaik sahaja menamatkan program tersebut.

Mengumumkan langkah itu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ia bertujuan mengiktiraf masa dan usaha siswazah dalam mempertingkat kemahiran dan pengetahuan.

Ia juga merupakan pengiktirafan nilai yang diterapkan lulusan PCICS dalam peranan mereka sebagai asatizah di masjid dan madrasah, ujarnya.

"Saya yakin lulusan (program ini) akan menambah nilai kepada program dan inisiatif dalam sektor-sektor ini dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diraih dalam tempoh setahun itu, antara lain melalui interaksi dengan ahli fakulti dan pelajar daripada pelbagai universiti yang bekerjasama dengan kami, mentor PCICS, pengalaman practicum dan bengkel profesionalisme," kata Encik Masagos.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya majlis tamat pengajian PCICS semalam.

Seramai 56 asatizah daripada kohort pertama dan kedua program tersebut menamatkan pengajian mereka dan meraih sisil dalam dua sesi majlis yang diadakan di Muzium Tamadun Asia itu.

Program itu bertujuan melengkapi dan mempersiap asatizah dengan kemahiran masa depan dan merupakan satu keperluan bagi lulusan institusi pengajian tinggi Islam luar negara yang memohon bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Peringkat 1.

Encik Masagos, yang menyertai sesi pertama majlis itu, berkata kepakaran dan peranan asatizah semakin diakui dan diperlukan dalam pelbagai sektor.

"Ilmu, kemahiran dan perspektif mereka semakin mendapat perhatian bukan daripada majikan di sektor keagamaan sahaja, malah sektor lain, seperti kaunseling, kerja kemasyarakatan dan bidang akademia," katanya.

Beliau menambah bahawa masyarakat Islam akan berdepan pelbagai rintangan dalam kehidupan kontemporari dan kepimpinan agama progresif serta yakin dalam memberi bimbingan agama dan penyelesaian kreatif amat diperlukan.

Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), menghadiri sesi kedua majlis itu.

Dalam ucapanya, beliau berkata dengan selesainya pengajian kohort pertama dan kedua PCICS, satu lagi titik bersejarah dalam usaha pembangunan asatizah dan memperkuat landskap sosio agama di Singapaura telah dapat dicapai dan kini lebih hampir ke arah merealisasikan visi bagi asatizah masa depan.

"Lulusan program ini telah dapat mendalamkan pemahaman mereka mengenai konteks masyarakat Singapura bagi mengaplikasikan pengajaran dan nilai-nilai agama kepada konteks semasa.

"Pada masa sama, melalui program PCICS, mereka telah dapat menggilap lagi kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran digital, komunikasi dan pemikiran kritikal serta mengaplikasikannya dalam latihan amali di tempat kerja, baik di sektor keagamaan mahupun sektor lain," kata Dr Maliki.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) serta rakan luar negara seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Jordan untuk mengatur dan menyampaikan modul program tersebut.

Ia antara lain merangkumi latihan vokasional tambahan dalam bidang seperti andragogi (kaedah mengajar golongan dewasa), kerja sosial, kaunseling, dan kecelikan digital.

Selepas selesai menjalani program itu, peserta menerima sijil possiswazah, pengiktirafan ARS penuh dan 20 jam Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg