Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nak beg plastik di pasar raya? Dah kena bayar

Jul 3, 2023 | 7:58 PM
BAYARAN UNTUK BEG PAKAI BUANG: Pasar raya FairPrice Northpoint City telah mengenakan bayaran 5 sen untuk setiap beg plastik mulai 3 Julai.
BAYARAN UNTUK BEG PAKAI BUANG: Pasar raya FairPrice Northpoint City telah mengenakan bayaran 5 sen untuk setiap beg plastik mulai 3 Julai. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Mulai 3 Julai, pengendali pasar raya besar dikehendaki mengenakan bayaran sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan.

Namun, ada juga  pelanggan yang sudah bersiap dengan membawa beg plastik dan beg sendiri.

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata dalam satu lawatan ke FairPrice Northpoint City pada Isnin:

“Kakitangan FairPrice juga mengatakan bahawa mereka melihat peningkatan dalam bilangan pelanggan yang membawa beg boleh guna semula mereka untuk membungkus barangan runcit yang dibeli.”

Langkah mengenakan bayaran bagi penggunaan beg plastik itu merupakan satu usaha pemerintah untuk mengurangkan penggunaan beg pakai buang untuk memelihara alam sekitar.

Pembeli digalakkan membawa beg guna semula sendiri untuk pembelian mereka.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), caj ini merupakan satu langkah penting dalam menjadi Negara Sifar Sampah. – DANIAL FHARICK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg