Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nama asal ketupat 'ngaku lepat'?

May 3, 2021 | 5:30 AM
Foto fail
Foto fail -

KETUPAT sering disediakan sebagai makanan semasa perayaan seperti Hari Raya dan dihidangkan bersama pelbagai lauk pauk yang lain.

Walaupun ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, cara menganyamnya sama.

Namun terdapat perbezaan pada kerumitan setiap anyaman terutama kepala dan ekor ketupat.

Menganyam ketupat lebih kompleks pula melibatkan empat helai daun.

Menurut laman www.roots.gov.sg, nama ketupat dipercayai berasal daripada perkataan Jawa 'ngaku lepat', yang mungkin boleh diterjemahkan sebagai 'mengaku kesalahan seseorang'.

Daun ketupat yang dianyam secara selang seli dikatakan mewakili kesilapan dan dosa yang dilakukan manusia manakala nasi puteh dalam ketupat dikatakan mewakili kesucian dan pembebasan daripada dosa.

Terdapat pelbagai jenis ketupat di Asia Tenggara termasuk di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina.

Manakala daun kelapa dan pisang merupakan daun ketupat yang sering ditemui dan digunakan di Singapura.

Kegiatan menganyam dan menyediakan ketupat sering berlaku di rumah sebelum menyambut perayaan.

Sekitar seminggu sebelum Hari Raya, daun kelapa yang muda akan dikumpul atau dijual di pasar.

Di Singapura, menganyam dan memakan ketupat selalu dihubungkan dengan masyarakat Melayu, walaupun ketupat juga dimakan dan dinikmati masyarakat lain.

Ia dimakan bukan dengan mengopek daun ketupat itu tetapi dengan memotongnya separuh.

Ketupat juga sering dimakan bersama sate dan kuahnya.

Bagaimanapun, ketupat kini kian digantikan dengan lontong di Singapura, dengan harga daun kelapa yang mahal antara faktor dikenalpasti penyebabnya.

"Adalah juga lebih mudah untuk membuat lontong kerana ia tidak perlu menganyam daun ketupat," ujar laman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg