Topik diikuti
Pergi ke BHkuNama baru sekolah yang digabung diumum

Nama baru sekolah yang digabung diumum
NAMA tujuh pasang sekolah rendah dan tiga pasang sekolah menengah yang akan bergabung menjelang 2019 telahpun disahkan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MOE, pihaknya telah bekerja rapat dengan sekolah yang bergabung sepanjang proses tersebut.
Dalam menamakan sekolah yang bergabung, beberapa faktor telah dipertimbangkan termasuk sejarah dan warisan sekolah tersebut, jumlah kemasukan serta kepentingan mereka yang berkepentingan serta sentimen kesemua sekolah yang terlibat.
Nama sekolah yang dipilih juga merupakan tapak bangunan baru bagi kededua sekolah yang bergabung.
Sekolah yang bergabung akan mencerminkan identiti, kekuatan selain mengenang sifat unik dan tersendiri kededua sekolah yang bergabung.
"Sejarah mereka akan didokumenkan secara rasmi dan dipelihara di ruang warisan yang terdapat di bangunan sekolah yang bergabung itu," kata MOE.
MOE juga akan terus bekerjasama dengan kededua sekolah untuk memastikan peralihan yang lancar bagi kesemua kakitangan dan pelajar.
Sekolah itu perlu bergabung ekoran jumlah kelahiran yang semakin merosot dan untuk memastikan setiap sekolah mempunyai jumlah pelajar yang mencukupi agar mereka meraih pengalaman pendidikan yang bermakna.
Berikut merupakan nama baru sekolah-sekolah yang bergabung:
Sekolah Rendah Balestier Hill dan Sekolah Rendah Bendemeer dinamakan
Sekolah Rendah Bendemeer
Sekolah Rendah Casuarina dan Sekolah Rendah Loyang dinamakan
Sekolah Rendah Casuarina
Sekolah Rendah Cedar dan Sekolah Rendah MacPherson dinamakan
Sekolah Rendah Cedar
Sekolah Rendah Coral dan Sekolah Rendah White Sands dinamakan
Sekolah Rendah White Sands
Sekolah Rendah Damai dan Sekolah Rendah East Coast dinamakan
Sekolah Rendah Damai
Sekolah Rendah Da Qiao dan Sekolah Rendah Jing Shan dinamakan
Sekolah Rendah Jing Shan
Sekolah Rendah East View dan Sekolah Rendah Junyuan dinamakan
Sekolah Rendah Junyuan
Sekolah Menengah East View dan Sekolah Menengah East Spring dinamakan
Sekolah Menengah East Spring
Sekolah Menengah Hong Kah dan Sekolah Menengah Jurongville dinamakan
Sekolah Menengah Jurongville
Sekolah Menengah Shuqun dan Sekolah Menengah Yuhua dinamakan
Sekolah Menengah Yuhua