Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nama firma gunakan kenaikan GST sebagai alasan naikkan harga akan didedah

Jan 10, 2023 | 5:30 AM
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF -

JAWATANKUASA Mencegah Pencatutan (CAP) bersedia mendedahkan nama perusahaan yang menggunakan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan untuk menaikkan harga secara tidak wajar kepada umum.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) yang ingin tahu apakah kuasa penguatkuasaan yang pemerintah ada terhadap perusahaan demikian di Parlimen semalam.

"CAP akan terus menyemak semua maklum balas yang diterima dan akan mendekati perusahaan untuk menangani isu ini jika perlu," ujarnya.

GST dinaikkan daripada 7 kepada 8 peratus pada 1 Januari lalu.

CAP mempunyai peranan menyemak dan menyiasat maklum balas tentang kenaikan harga perkhidmatan dan barangan asas secara tidak wajar, yang menggunakan kenaikan GST sebagai alasan.

Dalam pada itu, Cik Foo juga bertanya sekiranya pemerintah boleh menyediakan harga barang keperluan harian utama bagi rujukan pengguna.

Cik Low berkata pengguna boleh menggunakan aplikasi Price Kaki di alat bijak mereka untuk membandingkan harga lebih 10,000 barang di pasar raya dan lebih 37,000 makanan yang sudah dimasak dari pusat makanan, pusat penjaja dan kedai kopi.

Tahun ini, aplikasi itu juga mempunyai ciri baru yang membolehkan pengguna membandingkan harga unit bagi lebih 1,200 barang dapur, ujar Cik Low.

"Ini yang kita mahukan sebenarnya - persaingan pasaran yang bebas dan supaya pengguna mempunyai pilihan yang luas.

"Price Kaki akan membolehkan warga Singapura membuat keputusan membeli yang termaklum," ujarnya.

Cik Low berkata perusahaan juga digalak bersifat telus dalam komunikasi mereka tentang kenaikan harga.

Persatuan Pengguna Singapura (Case) menerbitkan amalan terbaik tentang komunikasi dan paparan harga.

Sementara itu, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) juga menerbitkan nasihat bagi perusahaan yang perlu menyesuaikan harga mereka.

Cik Low berkata rakan persatuan perdagangan juga telah membimbing anggota mereka untuk menyampaikan komunikasi tentang sebarang kenaikan harga dengan jelas.

Sebagai contoh, Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan Pusat Perusahaan Kejiranan Singapura telah menjalankan usaha pendekatan secara meluas serta lawatan ke kedai kopi, kedai di kejiranan HDB dan pusat penjaja untuk mengingatkan anggota mereka akan perlunya bersifat telus tentang sebab bagi sebarang kenaikan harga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg