‘HUAT AH!’: Para penyokong bakal Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, melaungkan ‘huat ah!’ atau kemakmuran sambil memegang buah nanas yang diagihkan sementara menantikan ketibaan Encik Tharman di Pusat Penjaja Taman Jurong.
‘HUAT AH!’: Para penyokong bakal Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, melaungkan ‘huat ah!’ atau kemakmuran sambil memegang buah nanas yang diagihkan sementara menantikan ketibaan Encik Tharman di Pusat Penjaja Taman Jurong. - Foto BM oleh KHALID BABA
AGIH NANAS: Seorang sukarelawan mengagihkan nanas kepada penyokong yang hadir di Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Sabtu.
AGIH NANAS: Seorang sukarelawan mengagihkan nanas kepada penyokong yang hadir di Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Sabtu. - Foto BM oleh KHALID BABA

Suasana di Pusat Penjaja Taman Jurong bak satu pesta, bukan sahaja kerana kehadiran bakal Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, tapi juga kerana berbakul nanas telah diagihkan secara percuma kepada para penduduk Taman Jurong yang berkunjung ke sana pada pagi Sabtu.

Ini sebagai meraikan kemenangan besar Encik Tharman dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat.

Kesemuanya sebanyak 500 biji nanas yang disediakan Persatuan Jurong Hong San See telah diagihkan kepada para penyokong yang hadir di kawasan tersebut. 

Nanas merupakan simbol kempen Encik Tharman untuk Pilihan Raya Presiden ini dan menurut beliau buah tersebut mempunyai banyak pengertian kepada masyarakat Singapura dan akan membawa tuah.