Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nasi Beriani jadi pilihan 'tarik' penderma

Jul 24, 2018 | 5:30 AM
TRADISI MASJID: Para sukarelawan dari Masjid Khalid turut meringankan tangan membungkus nasi beriani sewaktu acara Cabaran Presiden kelmarin. Menurut Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed, Nasi Beriani sering mendapat sambutan yang amat menggalakkan bagi acara mengumpul derma masjid kerana ia memiliki rasa yang unik dan tahan lama. - Foto ALLAUDIN MOHAMAD
TRADISI MASJID: Para sukarelawan dari Masjid Khalid turut meringankan tangan membungkus nasi beriani sewaktu acara Cabaran Presiden kelmarin. Menurut Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed, Nasi Beriani sering mendapat sambutan yang amat menggalakkan bagi acara mengumpul derma masjid kerana ia memiliki rasa yang unik dan tahan lama. - Foto ALLAUDIN MOHAMAD -

SELAMA beberapa dekad, Nasi Beriani sering menjadi ikon juadah pilihan bagi masjid-masjid serata Singapura mengumpulkan dana, meskipun terdapat cara-cara lainnya.

Di Masjid Khalid misalnya, mereka milih untuk memasak Nasi Beriani sewaktu acara Cabaran Presiden, yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menurut Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed, Nasi Beriani sering mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana ia memiliki rasa yang unik.

"Masyarakat di Singapura sememangnya amat menggemari hidangan ini. Lagi pula, nasi beriani boleh bertahan melebihi lapan jam, lebih lama berbanding makanan lain.

"Oleh itu, lebih ramai yang menyokong acara Nasi Beriani Amal," kata Encik Allaudin, yang sudah bergiat dalam acara nasi beriani amal bagi Cabaran Presiden sejak tahun pertama inisiatif itu diadakan.

Memiliki pengalaman memasak Nasi Beriani selama 30 tahun di Masjid Khalid, Encik Allaudin menerangkan bahawa resipinya yang ringkas lagi mudah ini antara sebab mengapa Nasi Beriani menjadi tradisi pengumpulan dana di masjid.

"Nasi Beriani adalah satu hidangan yang biasa kita lihat sewaktu mengumpul dana kerana ia merupakan juadah yang paling mudah untuk dimasak.

"Memandangkan Nasi Beriani Dam dimasak dalam satu periuk, ia mudah untuk dibungkus - hanya memerlukan nasi, seketul daging, dan acar dalam setiap bungkusan," ujar Encik Allaudin, 65 tahun.

Tambahnya lagi, jika sesuatu hidangan itu mudah dibungkus, ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Masjid Khalid telah diakui oleh banyak pihak sebagai antara pembuat beriani yang terbaik.

"Oleh itu, dengan modal beriani yang termasyur ini, kami dapat mengumpul dana dengan lebih mudah," kata Encik Allaudin, yang sudah terlibat dalam lebih 100 kerja amal baik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahupun yang bukan Islam.

"Ini merupakan satu usaha yang murni. Saya berharap agar usaha ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang."

"Masyarakat di Singapura sememangnya amat menggemari hidangan ini. Lagi pula, nasi beriani boleh bertahan melebihi lapan jam, lebih lama berbanding makanan lain. Oleh itu, lebih ramai yang menyokong acara Nasi Beriani Amal." - Pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg