Nazri Nasir alami strok ringan, beransur pulih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nazri Nasir alami strok ringan, beransur pulih

Dec 18, 2020 | 5:30 AM

Nazri Nasir alami strok ringan, beransur pulih

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SEDANG DIRAWJAT DI HOSPITAL: Ketua jurulatih Singa Muda Nazri Nasir dimasukkan ke hospital pada Rabu bagi menjalani prosedur perubatan dan kemudian mengalami strok ringan. - Foto FAIL ST
SEDANG DIRAWJAT DI HOSPITAL: Ketua jurulatih Singa Muda Nazri Nasir dimasukkan ke hospital pada Rabu bagi menjalani prosedur perubatan dan kemudian mengalami strok ringan. - Foto FAIL ST -

BEKAS kapten bola sepak negara Nazri Nasir mengalami strok ringan dan kini dirawat di hospital, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.

Ketua jurulatih pasukan Singa Muda itu dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani prosedur perubatan.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) semalam, jurucakap badan bola sepak negara itu berkata:

"Ketua Jurulatih Singa Muda Nazri Nasir dimasukkan ke hospital semalam (16 Disember) bagi menjalani prosedur perubatan dan kemudian mengalami strok ringan. Beliau kini sedang pulih di bawah jagaan doktornya. Kami meminta agar privasi beliau dan keluarganya dihormati semasa waktu ini.

"Kami semua di FAS ingin menyampaikan ucapan cepat sembuh kepada Jurulatih Nazri."

Peminat dan penggiat bola sepak tempatan turut membanjiri media sosial semalam mengirimkan ucapan cepat sembuh kepada bekas pemain midfield Singapura itu apabila mendengar berita keadaan kesihatannya.

Nazri, 49 tahun, dilantik menjadi jurulatih pasukan Singa Muda bagi musim 2020 Liga Perdana Singapura, menggantikan Fandi Ahmad, pada tahun lalu.

Pasukan kendalian Nazri mengakhiri musim liga ini di tangga ketujuh daripada sembilan kelab.

Nazri dijangka memimpin pasukan Singa Muda ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, pada hujung tahun depan, meskipun tiada ketua jurulatih yang diumumkan secara rasmi setakat ini.

BH cuba menghubungi anggota keluarga Nazri semalam untuk mendapatkan komen mereka namun tidak berhasil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg