Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NCCS urus lebih 158,000 kes pesakit luar pada 2022

Jun 26, 2023 | 5:30 AM
KADAR NAIK:  Profesor Madya Raymond Ng Chee Hui berkata kadar penakatan bagi barah telah meningkat. Ia hasil diagnosis lebih awal menerusi kesedaran lebih baik, pemeriksaan yang dijalankan, selain pembaikan dari sudut rawatan dan penjagaan posrawatan.
KADAR NAIK:  Profesor Madya Raymond Ng Chee Hui berkata kadar penakatan bagi barah telah meningkat. Ia hasil diagnosis lebih awal menerusi kesedaran lebih baik, pemeriksaan yang dijalankan, selain pembaikan dari sudut rawatan dan penjagaan posrawatan. - Foto NCCS

Lebih 158,000 kes di klinik pakar pesakit luar diuruskan di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) pada 2022, dengan sebahagian daripadanya merupakan kes bagi penjagaan barah yang kompleks.

Menyatakan demikian dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH), Konsultan Kanan Divisyen Onkologi Perubatan, NCCS, Profesor Madya Raymond Ng Chee Hui, berkata barah kolon dan rektum menjejas paling ramai kaum Adam, sementara barah buah dada pula menjejas paling ramai wanita.

“Barah boleh menjejas semua lapisan usia, termasuk yang muda namun lebih kerap dalam kalangan dewasa.

“Di Singapura, antara 1968 dengan 1972, dan 2016 dengan 2020, kadar semua barah yang didiagnos dalam kalangan kumpulan usia lebih muda telah berkurangan, sementara bagi kumpulan usia lebih dewasa telah meningkat,” katanya.

Menurut Laporan Tahunan Pendaftaran Barah Singapura (SCR) 2020, terdapat lebih 80,000 kes barah yang baru dilaporkan di Singapura antara 2016 dengan 2020.

“Sebagai sebuah pusat pakar nasional bagi penjagaan barah kompleks, NCCS menyaksikan majoriti kes barah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

“Pada 2022, NCCS menguruskan lebih 158,000 kes di klinik pakar pesakit luar,” katanya sambil berkata tidak semua kes yang diuruskan merupakan bagi penjagaan barah kompleks.

Dalam responsnya kepada wartawan, Profesor Madya Raymond Ng berkata kadar penakatan bagi barah telah meningkat.

Ia hasil diagnosis lebih awal menerusi kesedaran yang meningkat, pemeriksaan yang dijalankan, selain pembaikan dari sudut rawatan dan penjagaan posrawatan.

Pada masa yang sama Profesor Madya Ng menekankan akan pentingnya keluarga menawarkan sokongan memandangkan “golongan tersebut akan berasa kehilangan, murung dan terharu dengan bagaimana ia akan menjejas kehidupan mereka baik dari segi pekerjaan, sosial dan keluarga”.

“Selain keluarga, sokongan sahabat dan pesakit lain yang mempunyai pengalaman serupa dengan barah juga amat berguna.

“Menerusi perkongsian satu sama lain tentang pengalaman mengatasi barah, pesakit akan berasa lebih tenang menyoal, berkongsi kebimbangan dan maklumat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg