Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 1970: Terbang lalu bendera kebangsaan pertama

Aug 2, 2025 | 5:30 AM
NDP, Padang, bendera S’pura
Juruterbang generasi jet Singapura membuat kemunculan pertama semasa Perbarisan Hari Kebangsaan kelima pada 9 Ogos 1970. Pesawat latihan jet ‘BAC Strikemaster’ dan helikopter ‘Alouette III’ bertenaga turbin meluncur rendah di atas Padang, menandakan kemajuan penting dalam usaha memperkukuh daya pertahanan negara. - Foto fail

Pada 9 Ogos 1970, Singapura menyaksikan sejarah penting dalam sambutan Hari Kebangsaan dengan bendera negara ‘diterbangkan’ buat kali pertama.

Bendera tersebut dibawa oleh helikopter, Alouette III, milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dengan ukuran asal sekitar tiga meter panjang dan dua meter lebar.

Penerbangan itu dipimpin oleh Pegawai Pemerintah Skuadron Alouette, Mejar Terry Loh, dan berlangsung di Padang.

Sejak itu, terbang lalu bendera negara menjadi tradisi tahunan yang ikonik dalam setiap sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP). 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg