Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA: Boleh buka pelitup untuk hisap rokok di luar tapi harus pakai semula

Apr 17, 2020 | 10:20 PM
NEA berkata keluar rumah untuk merokok bukan urusan penting semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan namun mereka yang ingin hisap rokok semasa keluar bagi urusan penting boleh buka pelitup dan memakainya semula selepas selesai.
NEA berkata keluar rumah untuk merokok bukan urusan penting semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan namun mereka yang ingin hisap rokok semasa keluar bagi urusan penting boleh buka pelitup dan memakainya semula selepas selesai. - Foto Chong Jun Liang

ORANG ramai yang ingin menghisap rokok di tempat yang membenarkan mereka melakukan demikian di tempat awam sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan ini boleh membuka pelitup mereka untuk berbuat demikian.

Namun, mereka harus segera memakai semula pelitup itu selepas selesai, menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, orang ramai hanya boleh keluar rumah jika mereka bertugas dalam perkhidmatan penting atau bagi urusan penting seperti membeli makanan dan mereka harus memakai pelitup.

Menurut NEA, keluar rumah untuk merokok bukan urusan penting.

Namun jika seseorang itu keluar rumah bagi urusan penting dan ingin menghisap rokok, mereka boleh melakukannya di tempat yang dibenarkan di bawah undang-undang, dan membuka pelitup mereka.

"Mereka harus segera memakai semula pelitup itu selepas selesai menghisap rokok. Mereka juga harus memastikan jarak selamat dan tidak berlegar-legar," kata NEA.

Mereka yang tidak mematuhi peraturan ini boleh didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg