Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NEA: Kes denggi melonjak, 6,200 kes setakat 5 Sep

Sep 6, 2023 | 5:37 PM
AMBIL TINDAKAN: Lebih 6,200 kes denggi telah dilaporkan setakat 5 September pada tahun ini, dan rakyat digesa mengambil langkah pencegahan dan tindakan segera untuk mengelak lonjakan kes denggi, menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu
AMBIL TINDAKAN: Lebih 6,200 kes denggi telah dilaporkan setakat 5 September pada tahun ini, dan rakyat digesa mengambil langkah pencegahan dan tindakan segera untuk mengelak lonjakan kes denggi, menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu - Foto fail

Rakyat digesa mengambil langkah pencegahan dan tindakan segera untuk mengelak kes denggi melonjak lebih tinggi setelah lebih 6,200 kes denggi dilaporkan setakat 5 September ini.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya pada Rabu, terdapat risiko kes denggi meningkat disebabkan virus denggi serotype 1 (DENV-1) yang semakin dominan.

Ini berikutan bilangan kes denggi mingguan yang tinggi, beberapa kluster denggi yang besar dan berterusan, dan populasi nyamuk Aedes yang tinggi di banyak tempat.

“Peningkatan dalam bilangan serotaip virus denggi yang kurang lazim sebelum ini amat membimbangkan, kerana ini secara lazim dikaitkan dengan lonjakan kes denggi dalam beberapa bulan kemudian,” kata NEA.

NEA telah menyaksikan peningkatan dalam kes DENV-1 sejak dua bulan lalu, menggantikan virus denggi serotaip 3 (DENV-3) yang dominan sebelum ini.

Pada Julai, bahagian kes DenV-1 adalah kira-kira 55 peratus, lebih tiga kali ganda jumlah kes DenV-3, yang berjumlah 17 peratus, kata NEA pada hari Rabu.

Pada masa ini terdapat 48 kluster denggi aktif, 13 daripadanya adalah kluster besar dengan 10 atau lebih kes. Kelompok di Science Park Drive (29 kes) dan Lentor Loop (24 kes) mempunyai kadar penularan denggi yang cepat, kata NEA.

Kluster terbesar di Lorong 1 dan Lorong 2 Toa Payoh, dengan 319 kes setakat ini, adalah antara beberapa kluster dengan penularan berterusan.

Selain mengalihkan air bertakung, NEA menggesa isi rumah dan pejabat, terutama yang berada dalam kluster sedia ada, mengambil langkah-langkah untuk mencegah jangkitan. Ini termasuk menggunakan penghalau serangga dengan kerap, memakai baju atasan lengan panjang dan seluar panjang, dan menyembur racun serangga di sudut gelap rumah.

NEA juga menggesa orang yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti denggi supaya mengambil langkah tersebut untuk mencegah penyebaran virus kepada nyamuk dan orang lain di kawasan kejiranan mereka.

Dalam kelompok denggi, kira-kira 68 peratus tempat pembiakan nyamuk Aedes dikesan di rumah, dengan 29 peratus di kawasan awam, dan yang lain di tapak pembinaan dan kawasan lain.

Menurut NEA, ia terus bekerjasama dengan pengendali premis seperti majlis bandaran, dan rakan kongsi dalam Pasukan Petugas Denggi Antara Agensi, untuk membendung penularan dalam kelompok denggi.

Ia juga bekerjasama rapat dengan pemimpin akar umbi, rakan kongsi masyarakat dan sukarelawan untuk menjalankan lebih daripada 380 aktiviti jangkauan, sejak permulaan musim denggi memuncak pada Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg